Friday

25 Disember

Merry Christmas for those yg celebrate dis eve..tapi kemeriahan itu x dapat aku rasakan..mungkin persekitaran aku tidak menganggap ia sebagai perayaan yang harus dimeriahkan..
pada tarikh ni jugak ramai org disekeliling aku bertambah usia..selamat ulangtahun kelahiran..moga2 hidup betambah rezeki dan diberkati..
Tarikh ni jugak cuti umum tuk semua..huhu..bestnya cuti..bole qada’ tido..tu yg aku dok pikir sehari sebelum cuti..bila tiba hari yg dinanti..sungguhlah aku keciwa…jiran aku leh la nk wat renovation..makanya tido aku diganggu dengan pelbagai bunyi tukangan yang membingitkan telinga..satu dos gas diambil…
Tarikh ini juga sinonim dengan beberapa tragedi besar..ribut greg di sabah dan tsunami di Acheh..kebanyakan mitos yagn aku dengar mengaitkan tarikh ini sebagai punca..benarkah?? bagi aku tidak..bukan salah tarikh ini dan bukan salah perayaan itu sendiri..bagi aku semua jari dituding kepada makhluk yg bergelar manusia..makhluk yang dengan bangganya mengelarkan mereka umat bertamadun..

bertamadunkah mereka sehingga leka berpesta sehingga larut malam..?
bertamadunkah mereka sehingga tiada rasa malu menampakkan tubuh kepda orang ramai..?bertamadunkah mereka sehingga sanggup 'bermesra' dengan sesapa jek..?
ini hanyalah pertanyaan untuk diri aku..mungkin aku belum mencapai ketamadunan seperti itu..ketamadunan yang aku rasakan ditiru bulat2 dari kebinatangan yang tidak ada akal pikiranatau mungkin lebih rendah dari itu..aku tiada jawapan..aku bukan dari kelompok itu..tapi aku bersyukur..ketamadunan aku tidak melayakkan aku dijatuhi hukuman oleh alam ini..atau mungkin belum lagi..aku tidak pasti..tapi bila alam menghukum tiada kata yang dapat diucap..tiada sesalan yang mampu mengubat..hanya air mata mengiringi pemergian..perginya harta yang dicari-cari..perginya nyawa orang yang dikasihi..ekoran dari perginya maruah dan harga diri..
"rambut sama hitam..hati sape tahu.."
kata bidalan orang dulu dulu..
kata aku..
"rambut banyak kaler..hati makin buta.."

Wednesday

Awalan

Akhirnya….satu perkataan yang amat sesuai tuk diri aku di kala ini.setelah sekian lama menyimpan angan dan cita2, aku Berjaya juga memaksa diri membuka lembaran kehidupan aku disini..

Dilembaran ini akan aku penuhi dengan karutan ,carutan dan cercaan yang tidak dapat aku luahkan dikala aku menjadi insan di dunia nyata..Lembaran ini akan cuba aku kongsikan idea2 yang mungkin menjadi panduan kepada semua..Lembaran ini akan aku coretkan pengalaman dan perasaan aku kepada kehidupan melalui perspektif aku sendiri..di sini juga akan aku selitkan suka duka kehidupan insan2 dan hidupan yg melingkari aku di sepanjang jalan aku hidup sebagai seorang hamba di muka bumi ini…

Seorang hamba yang sentiasa memerlukan tong gas untuk hidup..seorang hamba yang merasakan hembusan dan keindahan alam selagi tong gas berisi penuh..jangan biarkan tong gas itu kosong kerana…

Pabila tong gas itu kosong..kehidupan menjadi kabur..pernafasan menjadi sempit..pandangan tidak kelihatan..yang tinggal hanyalah rona2 hitam yang gelap..kesesakan yang mencetuskan keserabutan..perasaan yang penuh dengan kebencian..fikiran yang mencetuskan kemarahan dan carutan..

Salam awalan untuk semua..pabila tong gas itu kosong bermulalah coretan kedukaan dan kegembiraan seorang insan…