Akhirnya….satu perkataan yang amat sesuai tuk diri aku di kala ini.setelah sekian lama menyimpan angan dan cita2, aku Berjaya juga memaksa diri membuka lembaran kehidupan aku disini..
Dilembaran ini akan aku penuhi dengan karutan ,carutan dan cercaan yang tidak dapat aku luahkan dikala aku menjadi insan di dunia nyata..Lembaran ini akan cuba aku kongsikan idea2 yang mungkin menjadi panduan kepada semua..Lembaran ini akan aku coretkan pengalaman dan perasaan aku kepada kehidupan melalui perspektif aku sendiri..di sini juga akan aku selitkan suka duka kehidupan insan2 dan hidupan yg melingkari aku di sepanjang jalan aku hidup sebagai seorang hamba di muka bumi ini…
Seorang hamba yang sentiasa memerlukan tong gas untuk hidup..seorang hamba yang merasakan hembusan dan keindahan alam selagi tong gas berisi penuh..jangan biarkan tong gas itu kosong kerana…
Pabila tong gas itu kosong..kehidupan menjadi kabur..pernafasan menjadi sempit..pandangan tidak kelihatan..yang tinggal hanyalah rona2 hitam yang gelap..kesesakan yang mencetuskan keserabutan..perasaan yang penuh dengan kebencian..fikiran yang mencetuskan kemarahan dan carutan..
Salam awalan untuk semua..pabila tong gas itu kosong bermulalah coretan kedukaan dan kegembiraan seorang insan…
Wednesday
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
welcome2...hehehe.now kita bloging2 plak ea:)
ReplyDelete